Jumaat, 14 Januari 2011

Padam

Gua OK atau tak OK? Hmm. Sejujurnya, gua dah lama tak dapat nak bezakan. Rasa macam sama saja. Sejak bertahun-tahun, gua dah tak tahu lagi bagaimana keadaan hati gua. Masih wujudkah? Atau sebenarnya, gua cuma berilusi seperti masih memiliki hati sedangkan ruang tempat tersimpannya hati dah lama kosong dan kekosongan itu gua gantikan dengan hati tiruan yang tak lagi berfungsi seperti normal. Malah, kalau gua fikirkan, gua sendiri pun dah tak pasti apa yang dimaksudkan dengan normal.

Apa yang gua tahu, gua sedang hanyut ketika ini. Hanyut melayang-layang terapung-apung entah kat mana dan gua rasa macam gua sedang sakit. Macam ada sesuatu yang sedang menjerut yang buat gua rasa leher gua kejang dan tekak jadi sempit. Di belakang tengkuk terasa macam ada benda yang sangat berat menekan, dan gua rasa payah untuk tegakkan kepala. Rasa tegang dan kebas.

Seboleh-bolehnya gua cuma mahu tidur. Tidur dan tidur dan tidur. Sepanjang hari sehinga ke esoknya dan hari selepas esok dan esok dan esok. Gua mahu minda gua berehat. Berehat selama mana yang boleh. Gua tak mahu sedar. Gua tak mahu berfikir. Gua tak mahu tahu. Gua tak mahu faham. Gua tak mahu  rasa. I just want to shut down. Everything.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peti harta karun