Ahad, 16 Januari 2011

S-H-I-T

Gua rasa pening sebenarnya. Terlalu pening sampai gua tak lagi tahu apa yang gua peningkan. Ini, semua ini, gua dah tak faham. Dan gua dah tak kuasa lagi untuk faham. Segala drama, segala naik dan turun, segala emosi yang ekstrim. It's too much that nothing seems real anymore.

Apa yang patut gua percaya? Apa yang patut gua tafsir? Kalau saja gua boleh padamkan minda dan hentikan otak dari memproses setiap maklumat yang masuk dan kalau saja gua boleh lajukan masa untuk langkau tempoh yang menjemukan dan mendera emosi. Tapi yang sinisnya, di saat kita rasa jemu dan terdera itulah masa akan bergerak dengan lebih lambat. Gua jadi mual. Gua rasa macam nak muntah. Sedaya-upaya gua tidur untuk bunuh masa tapi apa yang gua sangka sepanjang malam rupanya hanyalah sejam dua. Dan sekarang gua di sini dalam keadaan jaga sejaga-jaganya menghadap skrin dan menaip segala kemerepekan yang entah apa-apa ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peti harta karun