Isnin, 11 Oktober 2010

Ulangan

Makin gua kejar, makin gua tenggelam. Gua tak ingat sepayah ini mahu dapatkan sesuatu. Banyak benda yang gua dah tak ingat. Jadi gua lupa tentang apa itu melangkah perlahan-lahan. Gua lupa tentang apa itu bersabar. Gua rasa gua tak ada banyak masa untuk bersabar. Tapi peliknya, gua terburu-buru mahu ke mana? Sedangkan gua tak mahu ke mana-mana. Kemelutnya antara gua dan diri sendiri.

Gua mahu lari. Lari 'dari' atau ke lari 'ke'? Entah. Gua nampak dinding lagi. Tunggu masa saja untuk gua berlanggar dan cedera, lagi. Bila gua akan serik? Akan serik ke gua? Kalau gua dapat undur masa, tapi, gua tak rasa gua mahu ubah apa-apa. Sebulan lebih yang lalu, hidup sangat indah. Setelah kita berhempas-pulas, bersakit dan berperih berjuang, lalu akhirnya pengorbanan kita terlunas dan impian menjelma di depan mata, kebahagiaan itu adalah sangat-sangat super indah. Tapi malangnya gua terjerat dalam ilusi semata-mata. Penantian dan penyeksaan yang gua fikir telah berakhir dengan kenikmatan sebenarnya langsung tidak. Tangan gua paut puncak hanya semata-mata untuk jatuh balik ke dalam jurang seperti asalnya. Sakit, lelah, bergelumang darah. Hanya membayangkan kesakitan tu saja sudah amat mengerikan bagi gua. Gua tahu sebab itu minda gua bertindak memadam saja rasa sakit yang ada. Bukan sembuh, cuma 'shut down'. Apa yang gua buat sejak azali. I felt like i was dying, tapi keesokan harinya gua bangun dengan rasa yang kosong. Macam tu saja.

Kalau sejujurnya, sepatutnya gua terlantar tak bermaya. Gua berjuang dan bertahan dengan segala kudrat yang ada. Perasaan yang dipertaruhkan, 'faith', doa dan kesabaran. Gua tahu takdir datang dari Dia, tapi gua  cuma manusia biasa. Setelah segala kepayahan yang gua gagahi selama ni, gua dah tak nampak apa lagi yang ada untuk gua korbankan demi mendapatkan apa yang gua impi. Dah habis, licin. Gua dah tak punya apa-apa lagi untuk dikorban dan dipertaruhkan. Segala-galanya,  dah habis. Dah dekat sangat, tangan gua dah pegang, tapi masih tak dapat genggam. Mungkin Tuhan mahu beritahu, ia bukan untuk gua. Dia bukan untuk gua. 16 tahun tak bermakna apa-apa kalau ia tak tertulis. Harapan dan penantian tak menjanjikan apa-apa kalau jodoh tak ada dalam percaturan. Tapi itulah. Gua manusia biasa. Penipuan besar-besaran kalau gua cakap gua tak kecewa. 16 tahun bukan tempoh yang singkat. Tapi gua bertuah kerana perwatakan gua macam ni. Gua selamba, gua bersahaja. Gua tak pandai menjadi orang yang kecewa. Jadi segala-galanya hanya terpendam dan beku di dalam. 

Gua lari dari kekecewaan, dan menghumban diri gua dalam perangkap baru. Apa yang gua mahu? Gua fikir, kalau gua dapat cipta kisah baru dengan insan baru, mungkin lebih baik. Tapi dari awal gua sedar, melibatkan diri dengan sesuatu yang sudah berada di tangan orang lain bermakna masalah. Degil. Gua patut lebih sayangkan diri gua. Jangan jadikan diri sebagai objek ujikaji untuk melihat sejauh mana gua boleh menerima kelukaan. It's not healthy. I guess, I'm just looking for a cure. Cuma, penawar itu bukan penawar yang sebenar. Hanya kelekaan sementara yang buat gua lupa pada benda yang menyakitkan, tapi bila habis kesan khayalnya gua hanya akan bertambah sakit.

I wish I can have something good. Sesuatu yang indah itu, gua mahu ia jadi milik gua. Macam dia. Mungkin dendam, mungkin berontak. Tapi gua tahu kerana ada perasaan yang tak baik dan pentingkan diri sendiri dalam hati gua, Tuhan takkan berkati dan takkan makbulkan kehendak gua. Kenapa mahu ganggu hak orang lain? Entahlah. Gua ada sesuatu, tapi ia dirampas orang lain. Bukan ke, kalau kita rasa ia elok untuk kita, kita berhak untuk rebut? Jadi, gua juga mahu rebut apa yang gua rasa elok untuk gua. Bukan gua seorang dalam dunia ni yang pernah mengambil sesuatu dari tangan orang lain. Heh! Tapi.. Who am i kidding with? Gua tak ada kekuatan untuk merebut sesiapa dan apa-apa dari sesiapa pun. 

Haih. Gua harap, esok-esok, keadaan akan jadi lebih baik. Sebelum sebulan lebih yang lalu, hidup gua baik. Tak mengujakan, tapi tak juga hambar dan kosong. Gua O.K. Gua memulihkan diri dari segala 'gangguan' yang menjejaskan ketenangan, dan gua aman. Gua tak rasa perlu kepada sesiapa, kepada apa-apa. Keadaan bila jiwa gua bebas dan bersih. Dan gua tunggu kepulangan seseorang, sehingga ia jadi kenyataan. Apa lagi yang gua nak minta lebih dari tu? Setiap hari yang indah. Gua terasa seperti 13 tahun kembali. I felt so innocent dan young at heart. Senyuman yang tak lekang 24 jam. Rindu, debar, ceria. Sempurna. Memang semuanya amat sempurna. Tapi dalam syurga pun boleh berlaku bencana. Gua rasa ia kejam, tapi mana boleh gua tuduh takdir sebagai kejam. Cuma itu. Daripada kesempurnaan mahu menyesuaikan diri dengan kesunyian kembali. Sememangnya terasa perbezaan. Sememangnya gua terkial-kial mahu menerima perubahan yang berlaku dari setiap satunya dengan terlalu mendadak. Dalam masa 2-3 bulan, gua dah lalui bermacam era. Baru je huru-hara mahu menerima satu perubahan, datang lagi perubahan. Haih. Ujian.

Akhirnya, gua pilih untuk mengalah. Gua tak ada kekuatan untuk merebut kembali apa yang telah direntap lagi sekali dari gua, dan gua juga tak ada kekuatan untuk mengejar 'kenikmatan' baru yang sememangnya milik orang lain sebelum gua hadir. Sedih yang berganti seronok, akhirnya tetap balik kepada kesedihan asal. Kesudahannya masih lagi dinding. Gua cuma tak ada semangat. Lagipun apa yang patut disemangatkan? Gua kehabisan tenaga dan gua tak tahu apa yang gua buru. Makin gua bukakan hati gua, makin gua rasa vulnerable. Bukan gua tak tahan diuji, tapi sekali, gua harap, bagilah jalan yang mudah untuk gua. Gua cuma tak mahu terus macam ni. Langit, tolong berseri kembali. Tolong.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peti harta karun