Isnin, 11 Oktober 2010

MC dan Politik Hidup

Gua tersenyum sedikit, dalam hati. Macam ni terasa lebih 'diri sendiri'. I can go writing all day long. This is me, right? Kalau gua tak menulis, gua bukan gua. Paling tidak, lebih baik macam ni. Bercakap sendiri dengan diri sendiri tapi mungkin ada yang mampu mendengar. Gua rasa didengari itu adalah satu nikmat yang amat besar. Bukan diberi reaksi, diulas, tapi didengari. Kata lain, dimengerti. Well, relate to me. Kerana semua di sini adalah kebenaran. Samaada baik atau tidak, betul atau salah, jiwa rasa apa yang dirasa. Itu yang gua campak ke sini. Dengan tanpa niat untuk menjadi penulis yang bermotivasi lagi memotivasikan.

Gua mahu makan. Kemudian ke klinik. Berpura-pura sakit untuk dapatkan MC. Gua patut terus cakap saja gua malas ke pejabat dan mahu MC sebab gua rasa doktor pun tak bodoh tahu gua cuma berwayang. Tapi ini hidup kan. Gua tahu lu tipu, lu tahu gua tipu, tapi atas nama 'norma adab', kita masih saja tersenyum kambing saling bersopan-santun dan berpura-pura. Politik beb, politik. :-)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peti harta karun