Gua nak mula baru, segar. Tak ada sebab-sebab khusus pun. Gua cuma mahu membebel di tempat yang terbuka. Entahlah. Macam pelik bila menulis dalam blog yang dikunci dan pembaca-pembacanya sangat terhad. Bukan maksud gua gua nak pembaca yang ramai. Dengan sedar dirinya gua tahu dari dulu memang tak ramai yang baca tulisan gua, tapi, setidak-tidaknya bila terbuka macam ni tak adalah terasa macam terlalu 'istimewa'. Gua rasa, bila berada di tempat terbuka dan umum, tak adalah perhatian tu tertumpu tepat pada diri kita. Maksud gua, ah, apa-apa je lah. Tafsirlah ikut pemahaman sendiri.
Sejak gua kunci blog asal gua, gua pun dah jarang sangat menulis. Mungkin sebab gua tak selesa berada di ruang yang tertutup. Hmm. Mungkin. Tapi demi menjaga privasi, gua terpaksa. Gua tak sanggup nak padam terus jadi gua kuncikan saja. Gua 'sembunyi' dari mereka-mereka yang cuba menjejaki gua. Harap-harap, kat tempat baru ni, tak adalah 'pengintip-pengintip' dapat kesan diri gua.
Hmm. Memandangkan gua bermula lagi sekali. Sebenarnya bukan gua bermula, cuma ini tempat baru, jadi gua saja ingin ubah sikit cara penulisan. Menulis dengan gaya yang sama, cuma lebih mengikut skema tatabahasa, dari segi penggunaan huruf besar dan kecil, jarak antara titik dan koma, dan yang sewaktu dengannya. Lebih kemas, agaknya?
Seperkara lagi, gua rasa kehidupan terlalu hambar sejak kebelakangan ni. Jadi gua cuba mencari sesuatu yang sikit-sebanyak mampu mengujakan. Seperti yang selalu dikaitkan dengan manusia berbintang Aries, kami teruja dengan sesuatu yang baru. Teori yang gua gunapakai kat sini, blog baru = keterujaan baru. Heh, konon-kononnya. Cuma, sedikit malang bila minda gua tak semudah itu untuk ditipu. Tapi setidak-tidaknya gua cuba juga. Fakta tetap fakta, kan? Sekurang-kurangnya gua cuba jadikan fakta tu lebih menarik. Hidup tetap bosan, tapi paling koman pun gua bosan sambil ada sesuatu untuk dibuat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan