Rabu, 6 April 2011

Pendosa Paling Keji

Kerana gua lebih kenal diri gua daripada orang lain, jadi gua tahu sangat banyak noda kekotoran yang menempel dalam buku catatan amalan gua. Hakikat ini, gua amat sedar cuma gua selalu menghalang kesedaran gua daripada pergi ke sana. Memilih jadi buta dan tuli buat-buat seperti tak tahu, membodohkan diri membuang kesempatan yang Dia beri. Mungkin sebab ia nampak sangat palsu. Seminit menangis bersedu-sedan dalam sujud, kemudian selamba lupa lagi bersantai-santai berkelah mandi-manda dalam laut dosa. Kerap-kali gua doa supaya dimatikan saja tiapkali gua balik pada Dia dalam penyesalan dan penyerahan diri yang suci, supaya gua tak akan sempat tersasar lagi tapi sinisnya baru sekejap jadi suci belum apa-apa dah berlari berkubang dalam lumpur lagi. Dasar gampang! Memang, pendosa yang paling keji adalah pendosa di pertengahan. Pendosa yang bukan pembenci Dia tapi bukan juga pencinta Dia. Pendosa yang ingat-ingat lupa yang sekejap taat sekejap kufur. Ya, Tuhan memang barang mainan lu. Dan menaip ini juga, gua tak melakukan apa-apapun untuk merubah apa-apa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peti harta karun