Isnin, 21 Mac 2011

Jauhi Gua

Gua seharusnya melawan. Tapi sebahagian besar daripada diri gua memilih untuk hanya mengalah, dan sebahagian besar itu menang. Gua memberi laluan kepada segala rasa yang gelap dan kini hanya bersendiri dalam dini malam melayan kegelapan. Bodoh.

Mata tak mahu lelap. Entah dan seribu entah.

Sudah. Jangan melihat. Jangan mendengar. Jangan berkata. Jangan mentafsir. Jangan apa-apa. Gua hanya begini-Tidak stabil. Sudah! Jangan cuba.

Pergi saja. Jauh-jauh.

*dan esoknya gua kembali normal (normal?).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peti harta karun