Khamis, 25 November 2010

Dia

Gua mahu bercakap tentang cinta. 

Tapi bukan cinta bila hati berkenan dan terbit rasa suka. 

Bukan cinta bila timbul keinginan untuk pamerkan yang terbaik supaya dikagumi. 

Bukan cinta bila mengenali  segala maklumat terperinci tentang makanan kegemaran masing-masing, hobi di masa lapang, berapa orang adik-beradik serta perancangan di masa depan. 

Bukan cinta bila sering menghabiskan masa bersama-sama ke mana saja.

Bukan cinta bila berkongsi kegemaran dan aktiviti berdua. 

Bukan cinta bila memanggil pasangan masing-masing dengan panggilan istimewa dan berbicara dengan kod khusus yang hanya difahami oleh anda berdua sahaja di dalam dunia. 

Bukan cinta bila berkelakuan romantik dan memetik madah-madah pujangga untuk melaungkan perasaan. 

Bukan cinta bila memilih jalan hari muka yang mampu menjamin sejahtera. 

Bukan cinta bila memilih mencari bahagia. 

Bukan cinta bila memadu asmara, bermesra dengan sentuhan. 

Bukan cinta bila kehangatan dan keintiman diterjemah melalui cumbu-cumbuan nafsu.

Bukan cinta bila segala-galanya tepat mengikut pertimbangan akal bersih. 

Bukan cinta bila untuk bersama memerlukan kewangan kukuh. 

Bukan cinta bila memilih dengan menilai apa yang baik untuk diri sendiri dan orang sekeliling.

Bukan cinta bila ia menjadi fitrah dan keperluan naluri. 

Bukan cinta bila 'Cinta itu bila anda membuat pilihan yang tepat', 'Cinta itu pengorbanan', 'Cinta itu ketawa dan airmata', 'Cintailah orang yang mencintai kita' dan begitu begini. 

Bukan cinta semua itu. 

Cinta yang ingin gua ungkapkan ialah........................ Bila gua akhirnya memilih untuk enggan mengungkap apa-apa.


1 ulasan:

peti harta karun