Macammana nak letakkan ke dalam bentuk kata-kata apa yang gua rasa sekarang? Gua cepat-cepat balik dari tempat kerja, tapi bila sampai rumah gua tertanya-tanya, gua mahu cepat-cepat balik untuk apa? Gua nak balik kepada apa? Tak ada apa-apa yang menunggu dan juga tak ada apa-apa yang gua tunggu. Membilang waktu untuk tidur dan kemudian bangun semula dan ulang balik perkara yang sama.
Perasaan ni. Hmm. Hambar. Mungkin hambar saja tak cukup untuk menggambarkan apa yang ada. Gua sendiri di sini di satu ruang yang terpencil dan asing. Di alam lain. Gua dengar bunyi-bunyian di sekeliling dan gua nampak kelibat-kelibat yang melintasi. Tapi gua sekadar memerhati. Memerhati dengan pandangan yang kosong. Gua tak bereaksi. Gua tak rasa mereka. Malah gua tak rasa apa-apa. Gua tak peduli.
Hati gua sejuk. Terlalu sejuk sampai jadi ais. Gua pandang atas, pandang bawah, pandang depan. Mencari-cari tapi masih tak ada apa-apa yang muncul. Kosong. Gua cari dan gua tunggu. Apa-apa saja untuk menghidupkan rasa dalam hati. Terus menunggu dan mencari. Tapi masih tak ada apa-apa yang berlaku. Haih.
Gua menulis inipun, untuk apa sebenarnya? Gua berfikir. Berfikir dan berfikir. Jadi berputar-putar persoalan. 'Untuk apa' itu berpusing-pusing dalam kepala. Untuk apa, ya? Tapi. Hmm. Macammana kalau gua ini lebih mudah? Tak perlu rumit, tak perlu payah? Relakah gua kalau itu yang memudahkan gua untuk rasa lebih gembira?
Ada senyuman yang terukir. Dah cukup untuk menjawab. Mungkin gua tak berubah kerana gua memang tak mahu berubah. Apapun yang terjadi, gua adalah diri gua. Begini. Wajah apapun yang gua pakai, pakaian apapun yang gua sarung, jiwa ini adalah milik gua. Keluhan itu hanya keluhan mengada-ngada. Kerana di dalam ini gua sedar kegelapan juga indah.
Jadi, yang silap bukan suasana. Bukan jiwa. Bukan kehidupan. Sebenarnya ini adalah yang paling sempurna. Cuma. Hanya cuma.
**Hati gua sejuk. Terlalu sejuk sampai jadi ais. Gua pandang atas, pandang bawah, pandang depan. Mencari-cari tapi masih tak ada apa-apa yang muncul. Kosong. Gua cari dan gua tunggu. Apa-apa saja untuk menghidupkan rasa dalam hati. Terus menunggu dan mencari. Tapi masih tak ada apa-apa yang berlaku. Haih.
;)
BalasPadam;) kembali.
BalasPadammungkin kamu patut kahwin. haha.
BalasPadamdan kahwin akan menyelesaikan segala-galanya?we are who we are rite?;)
BalasPadamsekurangnya ada yang mahu berdiri di sebelah menanggung beban dunia bersama =)
BalasPadam