Ahad, 22 Julai 2012

Kejam

Gua dirikan istana, dengan keringat dan darah, dengan sakit dan perit, dengan segenap kudrat bertaruhkan setiap zarah dan zat yang terdapat di dalam jisim tubuh, sehingga setiap satunya terperah dari seluruh isi pati hati dan tulang-temulang, kemudian gua sendiri yang terpaksa runtuhkan istana itu,




Dan, mereka bercakap tentang kesakitan.



                                                                             

Daya

Apa yang gua mampu, hanya melakukan apa yang termampu.



                                     

Khamis, 15 Disember 2011

Pengubahsuaian

Sedang mencari rentak dan keselarasan untuk selarikan langkah dalam jarak perjalanan yang panjang. Kerana gua harap ianya panjang. Pengubahsuaian yang perlu. Petak untuk petak. Setimpal. Bukan rawak dalam ikat. Bebas tanpa bekas.


                                                     

Sehingga Itu

Masanya akan sampai bila sampai masanya nanti.

Gua hanya harap KITA dapat bertahan sehingga sampainya masa itu.



                                         
                 

Khamis, 10 November 2011

Sita

Mempunyai banyak tapi bukan kepunyaan, bukanlah satu kelebihan.

                                               

Rabu, 9 November 2011

Petikan

"In this world, there are many things that can't exist because people don't believe in them."


                  

Sabtu, 5 November 2011

Kuat

Kekuatan untuk tidak menyesali keikhlasan.

Kekuatan untuk tidak menyesali kepercayaan.

Kekuatan untuk tidak menyesali pengorbanan.

Kekuatan untuk lemah, dan masih kuat menerima kelemahan.









Gua mahu kekal kuat.

Gua perlu kekal kuat.


                                  

Selasa, 1 November 2011

Sendiri

Kerjasama adalah kerja secara bersama. Dan gua tak mampu melakukan kerja bersama, sekiranya orang yang harus bekerja bersama gua enggan untuk bekerja sama.


                                                  

Ahad, 2 Oktober 2011

Memori

Hanya ruang dalam otak, untuk dibazir-bazirkan.

                     

Jumaat, 23 September 2011

Melangkah

Melepaskan sebagaimana janji kepada diri. 

Tak perlu memerlukan mereka yang tidak memerlukan.

            

Rabu, 14 September 2011

Dewasa

Apabila kita mampu memutar-belitkan perkara mudah dengan pertimbangan berlebihan dan memilih derita daripada bahagia dengan alasan paling klise, "It's complicated".

                 
            

Satu

Satu-satunya yang gua mahu dari dia adalah satu-satunya yang tak mampu dia beri.

                      

Khamis, 8 September 2011

Adrenalin

Di mana?

      

Rabu, 7 September 2011

Demi Masa

Musuh kita adalah waktu.









Yang tidak dimanfaati.

     

Jumaat, 19 Ogos 2011

Bius

Gua tiada pilihan selain menyuntik pelali ke dalam jiwa untuk mengebaskan rasa sakit yang ada, termasuk rasa-rasa yang lain.
                   
                              

Selasa, 16 Ogos 2011

Selamat Mati

Mata terbuntang, jatuh melutut. Dada yang ditikam-tikam, bertubi. Gua dengar bunyi gemertap tulang-tulang yang patah. Gua lihat daging yang tersiat dan tersayat. Darah mengalir membuak-buak. Tanpa mengerlipkan mata gua hanya memandang. Selamat mati, Hati. Bukan pertama kali.

                     

Janji

Tak lama lagi, gua akan dilupakan lagi. Seperti kisah-kisah sebelumnya. Dan di sini gua hanya berteleku, menunggu dihapuskan waktu untuk bangkit pada satu detik di mana hidup dan mati gua tidak lagi membawa beza apa-apa.

              

Selasa, 21 Jun 2011

Hak Milik Kekal(dengan izinNya)

Mom once said, "Harta kita yang paling berharga adalah kenangan."

     

Jumaat, 17 Jun 2011

Rehat

Bukan berhenti, cuma bercuti.

       

Khamis, 9 Jun 2011

Pelarian

Lari.

Lari.

Lari.

Lari.

Dari diri sendiri.







Sampai bila, mampu?

   

peti harta karun